2.0 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN: 2.2 MENGAMBIL RISIKO



Sering kali di corong-corong radio kita mendengar gelaran yang diberi nama sebagai Iron Lady Malaysia iaitu Datuk Wira Dr. Maznah Hamid. Wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan yang beliau ceburi. Beliau telah memperkenalkan  Securiforce  yang  tidak  dikenali  langsung  pada waktu  dahulu  dan  sekarang  telah  berjaya  mengembangkan  legasi  kawalan  keselamatan. Sekarang  legasi  keselamatan  telahpun  berjaya  menyayingi  lebih  400 buah  syarikat  lain seumpamanya.  Securiforce  telah  memberikan  pakej  keselamatan  yang  lengkap  dan menyeluruh  yang mempelopori tentap  konsep  ‘total  security’. Beliau  juga  tidak  mudah  berputus  asa  dengan  menubukan  lagi  anak  buah syarikat  yang  baru iaitu  yang berlainan  daripada  konsep  kawalan  keselamatan  iaitu  pemaju  hartanah  di  Bandar Baru Tun Razak.  Beliau  seorang  yang sangat  rajin bekerja, dinamik, sangat  berfikiran  positif  dan  berani  mengambil  risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’.
Hasil daripada prinsip yang telah digunapakai dalam membina empayar beliau telah mencipta satu kejayaan besar untuk diri beliau sendiri sehingga membolehkan beliau berada pada tahap sekarang. Beliau telah mengambil risiko dalam melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut, dan udara). Beliau mengambil risiko dengan melebarkan sayap meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.
Hasil daripada sikap beliau yang berani mengambil risiko beliau telah membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik tentang kejayaan beliau ialah kesemua anak syarikat yang beliau telah tubuhkan berkembang sangat maju dengan tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan yang tercipta ini telah membuka banyak mata dalam kalangan masyarakat. Kejayaan ini amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip yang beliau telah gunakan adalah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah diri sendiri’.

Tidak itu juga beliau adalah seorang pakar motivasi pembangunan insan dan keusahawanan dan digelar sebagai “success counselor” di institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya dalam bidang pembangunan insan, beliau memberanikan diri dengan mengambil risiko dengan menubuhkan MMC yang membawa maksud Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar – seminar keusahawanan dan pembangunan insan.
Share on Google Plus

Perihal Unknown

Just a humble guy :D

1 comments :

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    BalasPadam