2.0 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN: 2.6 BUDAYA TERBUKA



Marie Forleo dilahirkan pada 7 Disember pada tahun 1975. Beliau merupakan seorang jurulatih yang memberi banyak ilmu tentang cara seseorang menangani masalah kehidupan, pakar motivasi, penulis dan hos televisyen-alam maya. Beliau juga merupakan pemilik Marie Forleo International, B-School dan MarieTV. Marie dibesarkan di New Jersey dan menamatkan pembelajarannya di Universiti Seton Hall dengan segulung ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan pada tahun 1997.  Pada awal kariernya, Marie merupakan seorang pembantu perdagangan di Brusa Saham New York (New York Stock Exchange (NYSE)). Selepas itu, beliau bekerja di syarikat majalah iaitu Gourmet dan Mademmoiselle. Marie mengambil kursus dalam talian untuk mempelajari teknik-teknik yang diperlukan untuk melatih para klien. Semasa 2001, beliau mula memulakan beberapa surat berita dan mula menerima pengikut dan klien-klien untuk dilatih yang merupakan hasil daripada hubungan yang telah terjalin semasa beliau membuat persembahan sambil membuat latihan kecergasan dan kelas tarian.

Marie tersenarai didalam 12 Pemimpian Perniagaan yang membentuk perniagaan sendiri dengan cara budaya yang terbuka. Beliau dikatakan dapat mengenalpasti dan menghormati setiap pekerjanya dimana setiap orang mempunyai latar belakang yang unik yang dapat memberi perspektif yang menarik dan kepakaran yang tersendiri. Cara ini merupakan sesuatu yang penting untuk berbicara bersama pakerja dan menjadi aktif untuk menentukan masa depan syarikat.  Beliau menerapkan nila-nilai yang positif ke dalam setiap pekerjanya supaya dapat memberi layanan yang terbaik kepada para pelangganya.


Perkhidmatan pelanggan dan para pekerjanya dipuji kerana dapat menubuhkan sebuah perniagaan mengagumkan dari segi suasana syarikat yang menitikberatkan budaya yang terbuka yang mana setiap orang boleh bertolak ansur dan saling memberi nasihat, dan seterusnya dizahirkan kepada pelanggan. Bagi seseorang yang pakar dalam motivasi, beliau dapat mengekalkan keharmonian syarikatnya dengan sentiasa memberi tunjuk ajar dan galakan kepada pekerjanya supaya hasil yang bagus dapat diberikan. Sikap terbuka Marie yang dicontohi oleh pekerjanya, memberi impak yang baik kepada kerja-kerja mereka.


Marie seorang yang mudah dibawa berbincang dan selalu memikirkan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara.  Beliau juga dikenali sebagai seorang yang memberi pelbagai inovatif dan mempunyai kualiti tinggi untuk perniagaan serta latihan kemajuan seseorang individu di dalam industry. Melalui video-video yang dimuatkan oleh beliau didalam laman webnya, para pengunjung boleh mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ditunjukkan.
Share on Google Plus

Perihal Unknown

Just a humble guy :D

0 comments :

Catat Ulasan