Usahawan dan keusahawanan adalah di antara istilah yang seringkali disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang atau kefahaman individu masing-masing. Kemunculan semula bidang keusahawanan kini telah mengambil tempat yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.

Mempelajari bidang keusahawanan mampu membuahkan faedah-faedah tambahan. Sumbangan kepada pendapatan negara adalah hasil daripada keusahawanan. Usahawan bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.


Negara memperoleh keuntungan berlipat ganda dari keusahawanan. Selain keuntungan ekonomi, faedah lain turut dirasai oleh masyarakatdari segi taraf kehidupan, tanggungjawab sosial dan pengukuhan industri.
Share on Google Plus

Perihal Unknown

Just a humble guy :D

0 comments :

Catat Ulasan