Presiden syarikat MITS bersetuju
untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi demonstrasi. Dalam
beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan (emulator)
untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates
dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan
tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi
yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque. Bill Gates kemudiannya menubuhkan
syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari
Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.
Microsoft BASIC menjadi perisian
yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan
diedar secara meluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Pada Februari
1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di
dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan
pengeluaran, mengedar dan mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa
bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer
tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina perisian berhak
mendapat bayaran di atas kerjanya.
Microsoft memutuskan kerjasamanya
dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan
perisian (programming language software) untuk pelbagai system. Menurut Bill
Gates, pekerja - perkarja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu
kerja pada awal penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon
yang meminta barang dihantar, adalah orang yang harus membungkus barang dan
menghantarnya. Bill Gates mempunyai tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya
tetapi tetap membantu di dalam penulisan kod. Dalam 5 tahun yang pertama
penubuhan Microsoft, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu baris kod sumber
dan juga membuat pembaikian kod, jika perlu, sebelum ia diedarkan.
Pada 1980, IBM menawar Microsoft
untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi terbaru syarikat
tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka
mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system
operasi CP/M yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research
(DRI). Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan
lancar, wakil IBM, Jack Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem
operasi yang boleh digunakan. Menurut Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI
menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah lesen perisian. Beberapa minggu
kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah sistem operasi yang
hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP), Microsoft
berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan
kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun,
Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS.
Setelah kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam
computer peribadi, Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai
PC-DOS. PC-DOS adalah sistem operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang
dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat dan pembayaran hanya dibuat
sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat sistem
operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai “klon”.
![]() |
Bill Gates tidak faham mengapa DRI
tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan bererapa tahun
kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil
sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI. Beberapa lama kemudiannya,
syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer peribadi yang
lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan
komputer-komputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS.
Komputer peribadi mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan
sekelip mata, Microsoft menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam
senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft sehingga kini meneruskankan
pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.
Pada tahun 1980 an, Microsoft
memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User Interface (GUI)
berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan diperkemaskinikan
oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan “Windows”
untuk menandingi pasaran perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah
digunakan (user friendly). Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat
kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit dalam tempoh 2 tahun pertama dan
memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul dalam penjualan sistem
operasi. Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam
perniagaan sistem operasi, Microsoft berkerjasama dengan syarikat-syarikat
komputer peribadi untuk memuatkan “Windows” secara sedia ada di dalam semua
komputer-komputer baru. Dengan kejayaan kerjasama itu, Microsoft Corporation
menjadi syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan menjadikan Bill
Gates sebagai orang terkaya di dunia sehingga ke hari ini.
0 comments :
Catat Ulasan