3.0 USAHAWAN BERJAYA

Usahawan yang telah berjaya dalam bidang keusahawan ialah Henry Bill Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill Gates dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington. Bill Gates adalah anak kedua daripada tiga adik-beradiknya. William Henry Gates merupakan ayah kepada Bill Gates dan merupakan seorang pengacara perusahaan yang mempunyai banyak relasi di kota manakal ibunya Mary Maxwell merupakan seorang pegawai First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan anggota Tingkat Nasional United Way.

Ciri-ciri yang ada pada diri Bill Gates ialah beliau seorang yang mempunyai keunggulan yang sangat bermakna kepada kehidupannya yang menjurus kepada kepentingan kehidupan manusia pada zaman kini yang telah membawa namanya sebagai nama yang sangat dikenali oleh seluruh abad kini. Keunggulan yang dimilik oleh Bill Gates ada kemahiran dalam bidang sistem komputer dan teknologi. Kemahiran beliau tidak dapat disangkal lagi dimana sejak zaman bangku sekolah dan dikolej (sebelum berhenti) dimana beliau sudah mengkhatam banyak buku yang berkaitan dengan perniagaan dan juga keusahawanan.


Hasil daripada kesungguhan beliau mempelajari selok belok perniagaan sejak kecil, meletakkan beliau sekarang di atas pada zaman kini. Ayat beliau yang menjadi tunggak keazaman kepada masyakata kini ialah “Jika kamu tidak boleh melaksanakan sesuatu perkara itu dengan baik, sekurang-kurangnya menzahirkan sesuatu itu kepada umum dengan baik”. Hal ini jelas menyatakan bahawa seseorang yang inginkan kejayaan ataupun melaksanakan sesuatu perkara, mestilah sentiasa memikirkan tentang hasil yang baik. Beliau, sesungguhnya banyak membantu manusia pada zaman kini yang memerlukan sistem computer yang baik. Keunggulan beliau dalam memikirkan dan melaksanakan Micosoft adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh sesiapa. Pemikiran beliau yang memikirkan hal-hal kepentingan masa depan adalah salah satu sumbangan kepada masayarakat kini.

Bill Gates merupakan salah seorang yang menghidapi paranoid. Namun, penyakit paranoid ini bukanlah sesuatu yang membahayakan kesihatan beliau. Paranoid dalam diri Bill Gates adalah ketakutan, keresahan, sentiasa memikirkan kejadian-kejadian yang bakal mengubah kemajuan perniagaanya terumanya menyebabkan kejatuhan Microsoft. Sikap beliau yang tidak duduk diam atau sentiasa berfikir untuk mencari idea dan juga mengatasi sesuatu masalah sebelum masalah itu menguasai dirinya, beliau sentiasa mencari peluang-peluang untuk memajukan perniagaanya. Sikap beliau ini harus dicontohi oleh para usahawan sekarang lebih-lebih lagi kepada usahawan yang baru yang hanya berpandukan ineternet pada zaman sekarang. Sesungguhnya, usaha dan perlaksanaan yang dilakukakan mampu member kepuasan kepada diri setiap usahawan disamping mempelajari perkara-perkara yang baharu. Tidak hanya duduk di pejabatnya, Bill Gates banyak bertanyakan kepada para pekerjanya terutama sekali penolong kanannya iaitu Steve Ballmer yang juga merupakan seorang paranoid. Steve tidak hanya berfikir tetapi lebih kepada melaksanakannya. Beliau banyak membantu Bill Gates dalam soal perubahan zaman supaya Microsoft sentiasa diterima oleh masyarakat tidak mengira masa.


Bill Gates merupakan pelajar yang sangat cemerlang ketika di zaman persekolahan. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran mata pelajaran matematik dan sains.  Ketika usianya 13 tahun Bill Gates telah dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar ke Lakeside School for boys. Ketika waktu persekolahan Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberikan kelonggaran oleh pihak sekolah untuk tidak menghadiri kelas matematiki demi mengejar minatnya itu.  Bill Gates dan 3 rakannya iaitu Paul Allen, Ric Weiland and Kent Evans telah tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka bertiga telah menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksplotasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer itu dengan lebih lama. Hasil daripada tangkpan itu, mereka telah diharamkan malah para pelajar Lakeside School tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki makmal computer pada musim panas.



Setelah tamat tempoh hukuman, Bill Gates dan rakannya telah ditawarkan peluang sekali lagi oleh syarikat CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikatnya. Pada usia beliau iaitu berumur 14 tahun, Bill gates bersama rakannya telah membuka sebuah syarikat yang diberi nama Traf-O-Data. Mereka sekumpulan telah membina sebuah pengira trafik yang berfungsi sebagai penyimpan data di dalam pita yang ditekan (punched tape). Mereka telah berjaya untuk membina sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai fungsi sebagai perisian bagi memproses data.

Setelah syarikat Microsoft telah ditubuhkan pada tahun 1975 hingga ke 2006, Bill Gates telah dipertanggungjawabkan keatas strategi syarikat dan pemasaran. Beliau sangat aktif dalam mengembangkan serta memperluaskan strategi pemasaran produk – produk Miscrosoft. Beliau gigih dalam mengembangkannya sehingga dikenali sebagai syarikat perisian gergasi. Beliau adalah seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab kerana kuasa ada di tangan beliau sendiri. Beliau yang akan membuat semua keputusan itu sendiri. Ketika itu beliau menghadapi satu hukuman daripada mahkamah. Beliau memberi penjelasan terhadap tindakan – tindakan pemasaran beliau yang dikatakan tidak adil terhadap syarikat lawannya. Bill Gates mengamalkan dasar bersikap budaya terbuka kerana berani dalam bidang pemasarannya demi memajukan syarikatnya. Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan Kehakiman US, David Boies mengenai maksud ‘Lengkap’, ‘Ambil Berat’, dan sebagainya.   


Bill Gates dengan tegasnya berkata bahawa beliau memang sengaja melawan David Boies yang sengaja dalam memutar belitkan fakta – kata yang keluar dari mulutnya sendiri. David Boies adalah seorang lelaki yang sangat angkuh dan biadap. Walaupun pihak mahkamah telah menafikan yang David Boise tidak bersalah. Miscrosoft didapati telah melanggar akta kanun perniagaan dengan melakukan pembolotan dalam perniagan dancuba untuk menyekat persaingan. Bill Gates mengamalkan dasar budaya terbuka dengan bersikap lapang dada dan terbuka dalam diri beliau sendiri agar tidak mudah berputus asa dan cepat melatah kerana dunia perniagaan mempunyai pasang surutnya.

Bill Gates mempunyai ciri keusahawanan keyakinan terhadap kebolehan diri. Ini dapat dibuktikan apabila Bill Gates dan rakan karibnya, Allen telah menubuhkan syarikat baru milik mereka sendiri iaitu Traf-O-Data. Bill Gates dan rakannya telah mencipta sebuah komputer kecil untuk mengukur aliran trafik. Hasil daripada projek ini, mereka peroleh wang sekitar $20,000. Era Traf-O-Data berakhir apabila Bill Gates meninggalkan Lakeside College dan menyambungkan pelajaran ke Harvard University. Semasa Bill Gates belajar di universiti, beliau hampir melupakan dunia komputer. Gates dan rakannya, Paul Allen masih berhubung walaupun berjauhan. Mereka sering membincangkan idea baru tentang projek pada masa akan datang dan peluang untuk membuka perniagaan bersama suatu masa nanti. Pada hujung tahun pertama beliau di universiti, Allen telah berpindah dekat dengan Gates supaya mereka dapat membincangkan idea-idea mereka. Dalam tempoh setahun, Bill Gates telah dibuang dari Harvard University. Beliau kemudian telah menubuhkan Microsoft. Visi Microsoft adalah “A computer on every desk and Microsoft software on every computer” yang bermaksud sebuah komputer diatas meja dan perisian Microsoft pada setiap computer. Kesimpulannya, sikap Bill Gates yang yakin terhadap kebolehan dirinya telah menjadikan beliau seorang programmer komputer yang berjaya walaupun beliau dibuang dari universiti.






Share on Google Plus

Perihal Unknown

Just a humble guy :D

0 comments :

Catat Ulasan