Mengikut Kamus Pelajar edisi kedua, proaktif bermaksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dapat dikait rapat dengan ciri keusahawanan ini kerana beliau dilihat sentiasa proaktif dalam menjalankan perniagaannya. Beliau yang pada asalnya hidup dalam keadaan yang serba kekurangan kini dipandang tinggi oleh masyarakat hasil kerja keras beliau dalam perniagaan. Beliau memulakan perniagaan setelah mengambil alih perniagaan penternakan lembu milik bapa saudara yang pada asalnya mengalami kerugian kerana penyakit kaki dan mulut. Beliau telah pergi dari pekan ke pekan di kawasan Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Daging tersebut telah dibungkus bersama ais dan dijual kembali kepada peniaga. Kejayaan dalam perniagaan tersebut telah menambahkan semangat dan keyakinannya dalam bidang perniagaan
Seterusnya beliau ke bidang pengangkutan pula. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110, 000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lori tersebut bagi memulakan perniagaan beras. Beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada BERNAS dan berjaya mendapatkan kontrak membekalkan kepada FELDA, MARA dan sebagainya.
Daripada beras beliau mengembangkan
perniagaannya kepada komoditi lai iaitu gula dan ia masih dijalankan sehingga
ke hari ini. Tan Sri Syed Mokhtar seterusnya telah berjaya mengembangkan
perniaagannya dalam pelbagai bidang lain lagi. Contohnya seperti, bidang
pembuatan, bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan. Beliau juga mempunyai
kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal di Malaysia. Sikap proaktif yang
sentiasa diaplikasikan oleh beliau telah berjaya meletakkan beliau sebagai
usahawan yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.
0 comments :
Catat Ulasan