 |
|
Rozita Ibrahim merupakan pengasas
Sendayu Tinggi boleh dijadikan contoh dari kehidupan miskin dan kesulitan demi
kesulitan, namun akhirnya mencapai kejayaan cemerlang menerusi Sendayu tinggi,
syarikat yang diasaskannya sendiri. Keperitan hidupnya banyak memberi dorongan
untuk memulakan langkah dalam membuat tindakan. Pada usia muda 18 tahun beliau
telah berkahwin dan setelah bercerai beliau terpaksa membesarkan anak-anaknya
dan lebih memeritkan apabila salah seorang anaknya jatuh sakit dan meninggal
kerana tidak mendapat perawatan yang sepatutnya. Dari keperitan itulah beliau
berusaha bekerja macam-macam demi menyara hidup dan beliau mengambil
keputusan dalam keadaan terdesak untuk membuka perusahaan yang berkaitan herba.
Dari sini membuktikan beliau mengambil semangat daripada apa yang telah beliau
harungi. Kadang-kadang untuk mendapat kebahagian kita perlu berkorban untuknya.
Pada hari ini, produk yang ada di antara produk-produk High Sendayu sering
menjadi fokus masyarakat di Malaysia. Bahkan, menghasilkan hasilan Sendayu
tinggi kini memiliki tempat di pasar, termasuk di luar Brunei, Singapura, dan
banyak lagi. Pada tahun 2005 hanya terdapat 2.000 pengedar lebih sah. Beberapa
pengedar Sendayu tinggi sekitar Kuala Lumpur juga mengatakan mencatat penjualan
sampai mencecah RM1 juta sebulan.
Berpegang kepada pepatah “Hina besi
kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘Rozita tidak seperti kebanyakan
wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan
yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling
berjaya. Apabila diamati dan membaca kisah perjalanan hidup Rozita Ibrahim, apa
yang dapat disimpulkan ialah keperitan hidup bukanlah satu alasan untuk kita
terus berputus asa dan beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu menjadikan itu
sebgai dorongan dan semangat untuk terus melangkah ke depan tanpa menoleh
kebelakang. Beliau juga tidak lupa diri ketika berada di puncak kerana beliau
yakin bahawa rezeki itu aturan Allah. Beliau juga berkongsi formula yang beliau
pegang iaitu fokuskan minda dengan kata-katanya dan berusaha ke arah itu.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa
yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya
menjadi usahawan yang disegan.Beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan
jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya
di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Selain itu,beliau juga dianugerahkan Anugerah Trofi Sri Nona yang dianjurkan
oleh Sistem Televisyen Malaysia ( TV3 ) yang disampaikan oleh Allahyarhamah
Datin Sri Endon Mahmud pada tahun 2003. Pada tahun 2003 juga beliau diberi
Anugerah Perempuan Teristimewa anjuran daripada Majalah Perempuan. Menerima
Anugerah Tokoh Usahawan Muda pada Ogos 2006 dengan anjuran dari Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh Perdana Menteri
Malaysia pada waktu itu iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Seterusnya
anugerah yang diberikan kepada beliau ialah Anugerah Wanita Ikon 2007 anjuran
Utusan Karya pada tahun 2007. Anugerah dinobatkan kepada usahawan wanita yang
banyak menyumbang kepada masyarakat.
0 comments :
Catat Ulasan