Keusahawanan
didefinisikan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan
perniagaan yang berorientasikan keuntungan seperti yang dikatakan oleh Cole
pada tahun 1969. Ciri usahawan berorientasikan keuntungan dapat dilihat pada
Ray Kroc yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds. Beliau
merevolusikan industri restoran atas
produksi hamburger, kentang goreng, dan ‘milk shake’. Bagi mengembangkan sistem
operasi dan hantaran yang maju, Ray Kroc sentiasa memastikan kentang goreng
yang dibeli di Topeka sama seperti yang dibeli di New York City. Kroc
mendirikan Franchise Realty Corporation, membeli tanah dan menjadi pemilik
restoran bagi pembeli francais yang berminat pada tahun 1956. McDonalds mula
memperolehi hasil keuntungan yang banyak dan perusahaan yang berjaya melepasi
landasan. Kemudiannya, Kroc memperkenalkan program pengiklanan nasional untuk
menyebarkan francais dengan cepat.
Pada tahun 1960, sebanyak lebih daripada 200 saluran
McDonalds dibuka di seluruh Amerika. Kroc nyaris mengalami kerugian apabila
beliau menggunakan dan menciptakan salah satu jenama yang paling kuat sepanjang
masa. Lantas beliau memutuskan untuk menggunakan real estate sebagai pendukung
kewangan supaya McDonalds menjadi operasi yang menguntungkan.
Pada tahun 1970, di wilayah asalnya berlakunya
pertumbuhan perusahaan yang lambat tetapi ini tidak mematahkan semangat Ray
Kroc untuk memperbaikinya. Ray Kroc mewujudkan pasaran global bagi McDonalds. Pelbagai
perusahaan
terlibat termasuk pizza, pemprosesan atau penjualan mainan untuk mendapatkan
keuntungan daripada jenis sistem yang dipelopori oleh Ray Kroc pada hari ini.
Sebanyak 33,000 restoran McDonalds yang meliputi 119 buah negara ditunjukkan
dalam Statistik Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat. Sebagai pengusaha
francais McDonalds, Ray Kroc berjaya menunjukkan ciri keusahawanan dalam
berorientasikan keuntungan.
0 comments :
Catat Ulasan